Pages

Saturday, 21 July 2012

Tips Melancong ke Hatyai Thailand


Setiap kali cuti sekolah, aku akan cuba buat satu trip bagimengisi percutian. kali nih aku pergi ke hatyaii ditemani oleh rakan semaktabaku. Nasib baik diorang ni orang Kedah dan Perlis. Jadi keluar masuk Thailandadalah perkara biasa.
Kalau korang nak bawa kereta sendiri, pastikan salinan gerankereta dan pemunya kereta ada bersama. Sebelum tu korang kena beli insuranskereta bernilai RM17 untuk satu kereta. Ini prosedur biasa yang ditetapkan olehkerajaan Thailand. Insuran tu korang boleh buat di sekotar Changlun. Akuterlupa nak tangkap gambar tempat. Tapi koang boleh tanya orang sana. tak adaapa nak risau. Diorang ni mesra rakyat. Haritu aku masuk melalui Bukit KayuHitam. Mudah dan hampir dengan Hatyaii. Siapa yang biasa kesana diorang tahuapa yang ada di sebalik border Thailand. HEHEHE.
Kepada penduduk asal atau tetap di Negeri Perak, Kedah,Kelantan dan Perlis amat beruntung kerana tidak memerlukan pasport tapi hanyaperlu membuat 'border pass'. Tapi kalau salah seorang dari suami atau isteripenduduk asal di empat negeri ni dan ingin membawa 'ahli keluarga'nya, so, gunasatu border sahaja. Pastikan bawa gambar dua keping untuk setiap ahli keluarga.Border Pass hanya RM10 sahaja.
Aku hanya nak kongsi tempat yang aku pergi sahaja. Lagipunhanya 2 hari disana. tak sempat berjalan merata.

Mungkin Hatyaii adalah lokasi yang biasa dikunjugi olehwarganegara malaysia. Namun masih ada yang belum sampai ke tempat inidisebabkan oleh berita2 yang kurang menyenangkan didada2 akhbar dan televisyen.Namun, bagi aku, maut dan kecelakaan ada dimana2.  Ini adalah Hotel yang telah dibombaru2 ni. Kebiasaannya tempat tumpuan akan menjadi sasaran puak pemisah. Jadi.,berserahlah jika ada apa2 yang berlaku.


Kalau nak rasa lebih selesadan selamat, korang boleh tidur di Flourioda Hotel. Ianya terlatak jauh sedikitsahaja dari pusat bandar. Ia lebih selamat kerana ia dipinggir Pusat Bandarnamun masih tidak jauh. Hanya 10 minit berjalan kaki ke pusat bandar.
Untuk harga hotel memangmengejutkan. Hanya RM65 sahaja untuk bilik  yang  mempunyai satu katil bersaiz KingKong. Pendekcerita sebiji macam  Hotel sri malaysia,memang selesa. Untuk lihat gambar klik sini.

Tuk-tuk
Kalau korang malas nakberjalan kaki, korang naik je Tut-tut ni. Baru RM2 seorang untuk sekaliperjalanan. korang sebut je nak kemana asalkan dalam bandar Hatyai. Jangan suruhhantar balik Johor pulak. Memang abang driver tu Willy tut-tut tu sepanjangHatyai. HAHAHA.

Restoran Hamid
 Masa aku sampai, aku rasalapar sangat. Dengan gelojohnya aku pergi la ke sebuah restoran. Agakmengejutkan dengan harganya yang mahal nak mampus. Nama kedai tu HamidRestoran. Terletak di tengah2 pekan. jadi aku dah tersilap masuk tempat la...menyesal aku. Jadi nak makan korang kena tau tempat yang sepatutnya. korangpilih gerai tepi jalan yang pakai stall tolak. Stall macam tu yang sepatutnyakorang pilih. Sedap dan murah. Jangan masuk restoran ye kecuali memang korangberduit...



Aku ni suka makan. Aku memangdah target dari border lagi, sebaik sampai aku nak cari pulut durian dan pulutpelam.  Terliur aku mengingatnya.Akhirnya aku beli juga walau harganya mahal skit. Sebungkus macamni harganyaRM5. Tgk la banyak mana duriannya. Mahal lagi pun ada. Buat perkara yang sama,cari la stall tolak yang ada tanda 'Bismillahirrahmanirrahim'. InsyaallahHalal.

Plaza A

PLAZA B
Plaza B (dalam)

Ini adalah tempat untuk bershopping. Banyak barangan kulit seperti bag dan kasut. Pakaian juga banyak kat sini tapi seluar jeans memang kurang. Harga kat sini sebenarnya masih tak murah. kalau korang berjaya tawar sampai separuh dari harga yang dia letak, korang terus beli. 
Sekarang diorang dah pandai, diorg tak kasi can kat pelancong malaysia. Pandai-pandai la ambik hati diorang.

 Kalau korang nak makan, aku cadangkan korang makan kat gerai stall tolak. Kalau kat Hatyai ni ada satu tempat makan org muslim. korang cuba tanya orang kat situ kat mana ada stall muslim banyak2. Makan tomyam depa ni memang terliur.




No comments:

Post a Comment